Wednesday, 13 July 2016

25 Tahun Di Atas Bumi


        Sedar tak sedar sudah mencecah 2.5 Dekad (12.7.16) aku hidup di atas dunia. Semestinya dalam tempoh ini sudah banyak perkara yang telah aku lalui. Memandangkan umur dah semakin tua dan tidak lama lagi berakhirnya perkataan 'bujang' dalam kamus hidup aku,  eloklah aku menulis sedikit ringkasan tentang perjalanan, Harapan & kesimpulan dalam kamus hidup aku selama 25 tahun.

Tarikh rasmi aku  mendarat di bumi ialah 30 Mei 1991. Aku dilahirkan dalam keluarga biasa-biasa sahaja, tidak senang dan tidak susah. Ayah aku seorang mekanik disebuah syarikat membaiki kereta, sudah hampir 30 Tahun lebih Abah bekerja sebagai mekanik, manakala ibu aku seorang suri rumah sepenuh masa. Aku merupakan anak sulung daripada empat beradik. Namun kini, adik aku hanya tinggal dua orang sahaja kerana  salah seorang daripada adik aku telah kembali ke rahmatullah Pada 17 Januari 2015 dalam usia yang cukup muda. Pemergiaannya amat terkesan dalam kehidupan keluargaku kini. Terlalu sedih untuk diceritakan kerana pemergiaanya tidak disangka-sangka. 

Anak Sulung!
Sebagai seorang anak pertama di antara adik-beradik, semestinya tanggungjawab aku lebih besar berbanding yang lain. Anak pertama haruslah menjadi contoh yang terbaik kepada adik-adiknya dan memainkan peranan yang besar dalam keluarga selepas mak dan ayah kita. Manakala mak dan ayah pula, sudah pasti mereka menaruh harapan yang sama kepada aku sebagai anak sulung. Pada zaman kanak-kanak, pemikiran kita tidak begitu matang dan mustahil kita sudah berfikir untuk menjadi contoh terbaik kepada adik-adik. Melainkan pengaruh ibu bapa itu sendiri yang mendidik anaknya. Begitu juga aku, sewaktu kecil banyak perkara nakal yang telah aku lakukan hingga terciptanya  kenangan-kenangan manis dan pahit yang masih lagi terpahat di dalam memori hidup aku. Teringat dulu, aku pernah dimarahi dan dikejar mak aku mengelilingi bangunan sekitar rumah dan bergaduh dengan rakan-rakan sekampung hingga kecoh seluruh kampung dibuatnya!

      Sejujurnya hingga sekarang aku pun tidak pasti sama ada aku menjadi contoh yang terbaik atau tidak kepada adik aku. Mungkin perangai aku kadang-kala juga buat adik-beradik aku tidak senang. Atau aku cuba ingin menunjuk baik kepada adik aku. Terpulang kepada taksiran mereka. Tetapi, yang pasti aku ada beberapa perkara yang baik untuk contohi mereka. Sebagai contoh, rokok. 







Sunday, 10 July 2016

Gejala Rempit Di Terengganu- Isu & Peranan Semua Pihak


Isu gejala rempit di Terengganu sudah lama menjadi perhatian ramai pihak. Agak sukar untuk menangani gejala ini. Setiap tahun, pelbagai kes berlaku yang dikaitkan dengan geng-geng rempit ini. Antaranya yang terbaru adalah pada musim Perayaan Aidilfitri 2015, Di mana seorang lelaki membawa ayahnya yang terkena serangan jantung ke hospital pada malam raya untuk mendapatkan rawatan. Menurut beberapa sumber, lelaki tersebut gagal membawa ayahnya ke hospital dan meninggal di dalam kereta kerana laluan keretanya dihalang oleh budak-budak rempit yang sedang berkumpul di atas jalan raya untuk berlumba. Antara laluan utama yang menjadi 'port' mereka berkumpul untuk berlumba ialah jalan Pengadang Baru, Wakaf Beruas & Durian Burung. Lokasi ini menjadi pilihan kerana jalannya yang lurus, berhampiran bandar Kuala Terengganu dan jauh daripada Balai Polis.
    Secara dasar, gejala ini sebenarnya banyak memberi kesan kepada semua pihak terutamanya pengguna jalan raya. Perbuatan mereka ini bukan sahaja membahayakan nyawa mereka, Malah, pengguna jalan raya lain. Ada yang terbabas hingga meragut nyawa akibat daripada mengelak geng-geng motor ini berlumba. Selain itu, perbuatan mereka menghalang laluan menyebabkan kesesakan teruk lalu lintas dan sekaligus menghalang pengguna dalam kecemasan. Paling memburukkan lagi, Negeri Terengganu dianggap sebagai negeri yang paling teruk mengalami gejala rempit sehingga orang Terengganu selalu dipertanyakan tentang masalah ini apabila berada di luar Terengganu.  Pengalaman ini dirasai sendiri oleh penulis sewaktu melanjutkan pelajaran pada ketika dulu. Sudah pastinya ia suatu perkara yang amat memalukan penulis sebagai anak jati Negeri Terengganu. Apa yang menjadi persoalan kini, mengapakah gejala ini sukar di bendung dan apakah solusi yag terbaik untuk menghapuskan gejala ini?

Peranan Semua Pihak
     Pada pandangan penulis, semua pihak harus memainkan peranan untuk menangani gejala ini iaitu salah satunya ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam membentuk anak-anak kerana merekalah orang yang paling dekat dengan anak mereka. Ibu bapa perlu cakna kepada anak-anak mereka dengan cara mendidik, menjaga tingkah laku dan mengambil tahu permasalahan serta pergerakkan mereka. Ramai ibu bapa silap dengan tidak mengendahkan anak-anak mereka sehingga anak mereka rasa terabai dan memilih 'orang luar' sebagai tempat mencurahkan segala perkara. Akhirnya, mereka terjerumus dalam kancah gejala sosial ini kerana silap memilih kawan dan persekitaran.
  • Faktor perpecahan kekeluarga seperti ibu bapa bercerai, ibu bapa yang sibuk dengan urusan kerja sehingga anak terabai, dan kehilangan ahli keluarga sewaktu kecil adalah salah satu punca anak-anak muda terlibat dalam gejala rempit ini. Ini kerana mereka mengalami kekurangan kasih sayang dan akhirnya mencari rakan taulan untuk menghabiskan masa dan meluahkan segala permasalahan. 
  • Dari satu sudut lagi, Ada juga ibu bapa yang memberi sokongan padu kepada anak-anak mereka untuk terlibat dalam gejala ini. Bagi penulis, inilah perkara yang paling memburukkan keadaan! Apabila anak mereka ditangkap oleh pihak berkuasa, ada yang datang memarahi pihak Polis kerana menahan anak mereka dan menggugut untuk menyaman polis. Akhirnya anak jadi besar kepala! Bagi penulis, ini bukan masalah anak, ini ibu bapa itu sendiri yang bermasalah. Malu.