Saturday, 4 February 2017

         Aku bersyukur kepada Tuhan yang Maha Esa kerana mengizinkan aku “mendarat” di bumi yang fana ini. Sesungguhnya “pendaratan” ini merupakan satu titik perjalanan yang sinonimnya di kenali sebagai “kehidupan”. Apa itu kehidupan?? Kehidupan mempunyai pelbagai tafsiran mengikut pemahaman masing-masing. Kebanyakannya ia dipengaruhi oleh faktor agama setiap individu. Para sasterawan, Agamawan dan profesor-profesor Ulung dunia juga banyak membuat definisi tentang kehidupan. Korang boleh rujuk mana-mana buku yang cerita tentang definisi kehidupan ni atau pun Google jer kalau nak jimat masa, hehe.. nanti keluar bermacam mak nenek tentang kehidupan, Cuma kena pastikan yang mana  fakta atau auta.

         Dalam Islam, kita wajib percaya dan beriman kepada akhirat yakni kehidupan selepas di dunia. Hal ini disebut dalam Rukun Iman yang ke lima iaitu  beriman kepada hari akhirat. Dunia adalah tempat di mana manusia akan di uji oleh Allah SWT untuk menentukan ke mana kita di akhirat kelak. Sekiranya amalan kita baik di dunia, maka kita akan ditempatkan di syurga, dan jika sebaliknya amalan kita, maka ke neraka jahanamlah. Walla’ulam. Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala perkara kerana Allah adalah sebaik-baik Perancang dan Pentadbir Seluruh Alam.

         “Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan, dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya Kami berikan kepada suatu kehidupan yang baik, dan sesungguhnya akan kami balas mereka itu dengan pahala yang lebih baik atas apa yang telah mereka kerjakan”
                                             [Surah An-Nahl : 97]


         Allah SWT telah mengutuskan para Rasul untuk memberi peringatan kepada kita dan garis panduan hidup supaya kita terus berada dalam redha dan rahmatNya – dengan cara mentaati perintah Allah S.W.T iaitu melakukan Solat lima waktu sehari semalam, beramal soleh, menyampaikan mesej agama dan melakukan kebaikan kepada seluruh makhluk di muka bumi ini. Atas dasar inilah kita patut tanya pada diri kita, sejauh mana kesedaran kita? Adakah kita hanya hidup semata-mata hidup?? Paling tidak pun, biarlah kita menyumbang ke arah jalan Allah, Sebab pengakhirannya kita tetap akan menghadap-Nya.

No comments:

Post a Comment