Friday, 7 October 2016

Perniagaan Online - kesan kepada Peniagaan Setempat

"Gangguan Halus' Peniaga online kepada peniaga setempat.
hakikat hidup sekarang, dunia semakin maju dan teknologi semakin canggih menyebabkan manusia semakin MALAS!
Kenapa malas? Malas sebab nak semua perkara ada depan mata jer, just click n click dengan hujung jari masing2 sampai bengkak.
Semua sekarang nak berurusan secara Online (atas talian). memang tak dinafikan banyak manfaat bila berurusan online ni sebab banyak perkara dapat diatasi, antaranya masa, duit minyak, risiko dan kos lain-lain.
Contohnya sekarang di sesetengah bandar dan ada servis penghantaran bahan mentah secara COD. mungkin suatu masa nanti anak-anak aku tak tahu apa itu "pasar" bila diorang baca kamus Dewan Bahasa. ^^
Tak pernah kita fikirkan sebenarnya perniagaan online banyak beri kesan kepada peniaga setempat. Yang paling ketara peniaga-peniaga yang buka bisness percetakan. Bila wujudnya perkhidmatan percetakan online ni, secara tak langsung diorang dah mengganggu market peniaga setempat. Seluruh malaysia nak print kat satu dua syarikat jer, semua orang dia nak! maka terngangerlah peniaga setempat yang menanggung kos mesin, pekerja, utiliti dan sebagainya. tu tak cerita lagi salesman yang jual mesin-mesin untuk percetakan. Geng-geng diorang ni pun cukup marah jugak kat peniaga online sebab diorang tak boleh nak jual produk diorg dek kerana masing-masing sibuk print online jer, (tak payah buka kedai sendiri, duk buat design kat umah n print online, kata costumer online...) ..haishh..sabarlah salesman.
Kesimpulannya, zaman sekarang semua manusia nak cuba hidup atas talian. Maka kita kena berfikir dan bertindak dengan cara tu jugak untuk kita survival dalam perniagaan zaman sekarang!
Jar, Kotak Rasa
8 Okt. 2016

Wednesday, 5 October 2016

Hidup sebagai lepasan siswazah

Assalamualaikum semua,
Terima kasih kerana sudi singgah di ruang maya aku,

Bulan Sept. 2016 genap setahun aku sebagai Degree Holder lulusan universiti tempatan. Sory, aku tak nak cakap universiti mana sebab tempat belajar aku biasa jer, Tak Havoc macam universiti lain.

Seronok sebenarnya bila trowback balik zaman-zaman universiti dulu. Kalau diberi peluang, aku nak duduk sekali lagi zaman ni. Zaman universitilah zaman yang aku labelkan sebagai zaman membentuk diri aku menjadi manusia! Oppss sedikit menjadi manusia maksud aku.. kalau betul-betul nak jadi manusia, kena ngaji agama dulu.hehe

Sebelum aku menjejak kaki ke alam kampus, aku selalu dengar senior-senior aku zaman sekolah dlu cerita. Diorang cakap zaman u lah zaman yang paling best!Zaman tulah zaman yang paling tak dapat dilupakan  sepanjang hidup. hurmmm.. dan yang paling best sekali, bila senior-senior aku cerita pasal awek. "Kau abaikan je awek kau kat sekolah tu, kat u nanti lagi ramai awek.. kau tak payah cari, awek cari korang nanti walaupun korang tak hensem"... fuhh, menggeletar aku bila diorang cakap macam tu!

Rupanya memang betul, kat universiti memang awek akan cari kita walaupun tak hensem macam aku, sebab nak kikis duit kita nak suruh support diorang kat kampus! hahahahahahaha.. Bukan semua, sesetengah jer.. So, wahai si jantan semua, janganlah kamu terpadaya! Control sikit, nanti akhir-akhir semester baru cari awek, pastu upgrade jadi bini..hehe

Kalau nak trowback, banyak weh kenangan manis zaman universiti dulu. Dari berbagai sudut perkara. Yang paling best ialah dapat kenal ramai kawan. Mana tak bestnya, budak-budak yang dapat masuk u ni datang dari pelusuk negeri, masa tulah kita nak bina connection! Bila nanti kita pergi mana-mana tempat kita ada kawan. Contoh macam aku ni, member-member rapat aku kat kampus semua negeri lain-lain. Ada KL, Johor, Kedah, kelantan, Perak dan Melaka. Jadi, pendek ceritanya, kalau aku nak travel ke Melaka contohnya, aku boleh contact je member aku kat Melaka.. "Salam Bro, aku nak ke tempat kau ni, boleh tumpang duk rumah sehari dua?".. Hah, nampak tak situ, untungnya bila kita ada kawan-kawan jauh ni. Tu tak cakap lagi pasal business! Kalau kau ada business sendiri, kau boleh je mintak kawan-kawan kau yang jauh tu promokan.

Tapi, kena hati-hati jugak, ada kawan yang makan kawan.. Kita tak boleh aspect, sebab benda-benda ni tak mustahil akan berlaku. Curi barang memberlah, Burukkan nama memberlah! pinjam duit member, lepas tu tak bayar-bayarlah.. ahh macam-macamlah. Kata senior, pandai-pandailah korang survive nanti.. nak berkawan, tengok siapa kawan tu, dan yang penting, selalu hati-hati. Sepanjang pengalaman aku, member-member rapat aku masih boleh dipercayai, tak pernah nak makan kawan. Tolong kawan ada lah.. Tu baru Unite!








Monday, 3 October 2016

25 Tahun Di Atas Bumi (Dokumentari Perjalanan Hidup)

25 Tahun Di Atas Bumi
Sebuah dokumentari Perjalanan Hidup...

Sejak dua tiga minggu ni, terdetik di hati aku nak menulis sebuah buku tentang sejarah perjalanan hidup aku. Alhamdulilah, aku sudahpun aku mulakan sedikit penulisan! Apa yang aku perlu sekarang ialah kekuatan untuk terus kosisten dalam penulisan aku.

Bila kita cerita kat orang pasal nak tulis buku tentang sejarah hidup, Akan ada beberapa soalan busuk yang mula "membusuk" persekitaran kita.

1. Kau nak menulis buku?? kau nak tulis pasal apa??
2. Hebat sangat ke sejarah hidup kau sampai nak menulis buku??
3. Apa kejayaan kau yang kau nak catatkan dalam buku tu??
4. Tak rasa ke kau asyik buang masa bila duk menulis??

Ini antara contoh2 soalan yang membusukkan persekitaran kita! It's Ok.. sebab aku berfikiran terbuka! Ikut suka akulah, ni kisah hidup aku! apa masalah korang??

Itulah jawapan aku dalam keadaan emosi... BTW, untuk maju ke hadapan tidak perlu pedulikan kata2 busuk yang lama-kelamaan merosakkan semangat kita.

Be Positive & thinking clearly!

Jar, Kotak Rasa
03 Sept. 2016