Assalamualaikum semua,
Terima kasih kerana sudi singgah di ruang maya aku,
Bulan Sept. 2016 genap setahun aku sebagai Degree Holder lulusan universiti tempatan. Sory, aku tak nak cakap universiti mana sebab tempat belajar aku biasa jer, Tak Havoc macam universiti lain.
Seronok sebenarnya bila trowback balik zaman-zaman universiti dulu. Kalau diberi peluang, aku nak duduk sekali lagi zaman ni. Zaman universitilah zaman yang aku labelkan sebagai zaman membentuk diri aku menjadi manusia! Oppss sedikit menjadi manusia maksud aku.. kalau betul-betul nak jadi manusia, kena ngaji agama dulu.hehe
Sebelum aku menjejak kaki ke alam kampus, aku selalu dengar senior-senior aku zaman sekolah dlu cerita. Diorang cakap zaman u lah zaman yang paling best!Zaman tulah zaman yang paling tak dapat dilupakan sepanjang hidup. hurmmm.. dan yang paling best sekali, bila senior-senior aku cerita pasal awek. "Kau abaikan je awek kau kat sekolah tu, kat u nanti lagi ramai awek.. kau tak payah cari, awek cari korang nanti walaupun korang tak hensem"... fuhh, menggeletar aku bila diorang cakap macam tu!
Rupanya memang betul, kat universiti memang awek akan cari kita walaupun tak hensem macam aku, sebab nak kikis duit kita nak suruh support diorang kat kampus! hahahahahahaha.. Bukan semua, sesetengah jer.. So, wahai si jantan semua, janganlah kamu terpadaya! Control sikit, nanti akhir-akhir semester baru cari awek, pastu upgrade jadi bini..hehe
Kalau nak trowback, banyak weh kenangan manis zaman universiti dulu. Dari berbagai sudut perkara. Yang paling best ialah dapat kenal ramai kawan. Mana tak bestnya, budak-budak yang dapat masuk u ni datang dari pelusuk negeri, masa tulah kita nak bina connection! Bila nanti kita pergi mana-mana tempat kita ada kawan. Contoh macam aku ni, member-member rapat aku kat kampus semua negeri lain-lain. Ada KL, Johor, Kedah, kelantan, Perak dan Melaka. Jadi, pendek ceritanya, kalau aku nak travel ke Melaka contohnya, aku boleh contact je member aku kat Melaka.. "Salam Bro, aku nak ke tempat kau ni, boleh tumpang duk rumah sehari dua?".. Hah, nampak tak situ, untungnya bila kita ada kawan-kawan jauh ni. Tu tak cakap lagi pasal business! Kalau kau ada business sendiri, kau boleh je mintak kawan-kawan kau yang jauh tu promokan.
Tapi, kena hati-hati jugak, ada kawan yang makan kawan.. Kita tak boleh aspect, sebab benda-benda ni tak mustahil akan berlaku. Curi barang memberlah, Burukkan nama memberlah! pinjam duit member, lepas tu tak bayar-bayarlah.. ahh macam-macamlah. Kata senior, pandai-pandailah korang survive nanti.. nak berkawan, tengok siapa kawan tu, dan yang penting, selalu hati-hati. Sepanjang pengalaman aku, member-member rapat aku masih boleh dipercayai, tak pernah nak makan kawan. Tolong kawan ada lah.. Tu baru Unite!
No comments:
Post a Comment