"Gangguan Halus' Peniaga online kepada peniaga setempat.
hakikat hidup sekarang, dunia semakin maju dan teknologi semakin canggih menyebabkan manusia semakin MALAS!
Kenapa malas? Malas sebab nak semua perkara ada depan mata jer, just click n click dengan hujung jari masing2 sampai bengkak.
Semua sekarang nak berurusan secara Online (atas talian). memang tak dinafikan banyak manfaat bila berurusan online ni sebab banyak perkara dapat diatasi, antaranya masa, duit minyak, risiko dan kos lain-lain.
Contohnya sekarang di sesetengah bandar dan ada servis penghantaran bahan mentah secara COD. mungkin suatu masa nanti anak-anak aku tak tahu apa itu "pasar" bila diorang baca kamus Dewan Bahasa. ^^
Tak pernah kita fikirkan sebenarnya perniagaan online banyak beri kesan kepada peniaga setempat. Yang paling ketara peniaga-peniaga yang buka bisness percetakan. Bila wujudnya perkhidmatan percetakan online ni, secara tak langsung diorang dah mengganggu market peniaga setempat. Seluruh malaysia nak print kat satu dua syarikat jer, semua orang dia nak! maka terngangerlah peniaga setempat yang menanggung kos mesin, pekerja, utiliti dan sebagainya. tu tak cerita lagi salesman yang jual mesin-mesin untuk percetakan. Geng-geng diorang ni pun cukup marah jugak kat peniaga online sebab diorang tak boleh nak jual produk diorg dek kerana masing-masing sibuk print online jer, (tak payah buka kedai sendiri, duk buat design kat umah n print online, kata costumer online...) ..haishh..sabarlah salesman.
Kesimpulannya, zaman sekarang semua manusia nak cuba hidup atas talian. Maka kita kena berfikir dan bertindak dengan cara tu jugak untuk kita survival dalam perniagaan zaman sekarang!
Jar, Kotak Rasa
8 Okt. 2016
8 Okt. 2016

No comments:
Post a Comment