Aku
bersyukur kepada Tuhan yang Maha Esa kerana mengizinkan aku “mendarat” di bumi yang fana ini.
Sesungguhnya “pendaratan” ini
merupakan satu titik perjalanan yang sinonimnya di kenali sebagai “kehidupan”.
Apa itu kehidupan?? Kehidupan mempunyai pelbagai tafsiran mengikut pemahaman
masing-masing. Kebanyakannya ia dipengaruhi oleh faktor agama setiap individu.
Para sasterawan, Agamawan dan profesor-profesor Ulung dunia juga banyak membuat
definisi tentang kehidupan. Korang boleh rujuk mana-mana buku yang cerita
tentang definisi kehidupan ni atau pun Google jer kalau nak jimat masa, hehe..
nanti keluar bermacam mak nenek tentang kehidupan, Cuma kena pastikan yang mana
fakta atau auta.
Dalam
Islam, kita wajib percaya dan beriman kepada akhirat yakni kehidupan selepas di
dunia. Hal ini disebut dalam Rukun Iman yang ke lima iaitu beriman kepada hari akhirat. Dunia adalah
tempat di mana manusia akan di uji oleh Allah SWT untuk menentukan ke mana kita
di akhirat kelak. Sekiranya amalan kita baik di dunia, maka kita akan
ditempatkan di syurga, dan jika sebaliknya amalan kita, maka ke neraka
jahanamlah. Walla’ulam. Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala perkara
kerana Allah adalah sebaik-baik Perancang dan Pentadbir Seluruh Alam.
“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh,
baik lelaki mahupun perempuan, dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya Kami
berikan kepada suatu kehidupan yang baik, dan sesungguhnya akan kami balas
mereka itu dengan pahala yang lebih baik atas apa yang telah mereka kerjakan”
[Surah
An-Nahl : 97]
Allah
SWT telah mengutuskan para Rasul untuk memberi peringatan kepada kita dan garis
panduan hidup supaya kita terus berada dalam redha dan rahmatNya – dengan cara
mentaati perintah Allah S.W.T iaitu melakukan Solat lima waktu sehari semalam,
beramal soleh, menyampaikan mesej agama dan melakukan kebaikan kepada seluruh
makhluk di muka bumi ini. Atas dasar inilah kita patut tanya pada diri kita,
sejauh mana kesedaran kita? Adakah kita hanya hidup semata-mata hidup?? Paling
tidak pun, biarlah kita menyumbang ke arah jalan Allah, Sebab pengakhirannya
kita tetap akan menghadap-Nya.



